suria

Pendaki hanyut di Gunung Suku: Identiti mayat dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat mengesan mangsa di Gunung Suku. foto Bernama

MAYAT yang ditemui di Gunung Suku telah dikenal pasti sebagai dua pendaki yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, kata Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Ketua Polis Perak berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Isnin.

"Walaupun kita telah menemui bukti yang membuktikan mayat adalah pendaki yang hilang, kita memerlukan ujian yang sewajarnya untuk mendapatkan jawapan yang pasti dan menentukan punca kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki hanyut di Gunung Suku: Lagi cebisan tubuh, pakaian ditemui pasukan penyelamat

"Keluarga mereka masih belum menuntut mayat. Apabila sudah dapat butirannya, kita akan kongsikan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Hari Polis ke-215 tahun 2022, di Dewan Serbaguna Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di Ipoh, Isnin.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat pendaki kedua berhampiran kawasan terowong di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada pukul 11.20 pagi Sabtu (21 Mei).

Pada 16 Mei lalu, dua pendaki dikenali sebagai See Su Yen, 32, dari Cheras, dan Ng Yee Chew, 46, dari Klang dilaporkan dihanyutkan kepala air ketika mendaki Gunung Suku. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain