suria

Sekat eksport ke Singapura, peniaga di seberang tambak akui buntu... Risau hadapi ‘krisis nasi ayam’

Malaysia hentikan eksport ayam hidup ke Singapura mulai Jun.

KECOH dua negara kerana ayam!

Kedengaran tak masuk akal, namun itulah yang sedang berlaku ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan kesejahteraan Keluarga Malaysia... PM segera atasi kenaikan harga ayam

Tatkala Malaysia berdepan krisis bekalan ayam, masalah itu turut melarat sehingga memberi kesan kepada Singapura.

Ia susulan keputusan Malaysia yang menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.

Bercerita menganai hal itu, seorang individu dari Singapura, Mohammad Jalehar berkata, dia pernah berhadapan isu serupa ketika era remajanya, sekitar tahun 1990-an.

"Setiap kali kerajaan kita bertelagah dengan Malaysia, kita diberitahu bahawa tidak akan ada lagi daging atau ikan atau sayur-sayuran yang datang dari Malaysia untuk menyara keluarga kita. Air juga akan terputus," katanya.

Kini dalam lingkungan usia 50-an, penjual ayam yang mengusahakan gerai bersama isteri di pasar basah di daerah Bedok Selatan merasakan bahawa sejarah akan berulang.

Selama beberapa dekad, Singapura, sebuah negara pulau yang kaya tetapi miskin darat telah bergantung kepada jiran terdekatnya Malaysia untuk satu pertiga daripada import ayamnya.

Setiap bulan, kira-kira 3.6 juta kebanyakannya ayam hidup dieksport ke Singapura, kemudian disembelih dan disejukkan.

220601230936-04-singapore-chicken-shortage-exlarge-169

Penjual nasi ayam, Tong sedang menyediakan hidangan untuk pelanggan.

Tetapi Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob minggu lalu mengumumkan langkah drastik bahawa Malaysia akan menghentikan eksport ayam hidup ke Singapura mulai Jun dalam usaha untuk menangani kekurangan bekalan yang menyebabkan peningkatan harga.

Larangan itu dijangka memberi kesan kepada rakyat Singapura, apatah lagi kerana hidangan nasional mereka ialah nasi ayam.

Biarpun kerajaan Singapura memberi jaminan bahawa ada bekalan yang cukup, peniaga berkata harga ayam pasti akan meningkat dengan mendadak.

Pada masa ini, peniaga membayar $3 (RM9.58) untuk keseluruhan ayam, tetapi mereka menjangkakan harga akan melonjak apabila stok berkurangan dan harga itu tidak lama lagi boleh meningkat kepada $4 (RM12.78) atau $5 (RM16) seekor.

"Pembekal memberitahu kami agar bersedia untuk harga yang lebih tinggi. Tetapi dari mana saya akan mendapat wang tambahan yang saya perlukan untuk membeli 100 ekor ayam untuk dijual? Adakah pelanggan saya juga akan menerima kos ini," ujar Jalehar lagi.

'Krisis nasi ayam' ini merupakan petanda terbaharu kekurangan makanan yang dirasai di seluruh dunia.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, masalah rantaian bekalan berkaitan Covid-19 dan cuaca ekstrem, semuanya menyumbang kepada kekurangan dan memaksa harga lebih tinggi.

220601230828-02-singapore-chicken-shortage-exlarge-169

Penjual ayam Mohammad Jalehar dan isterinya di gerai pasar mereka di Singapura.

Di Amerika Syarikat, Asia dan Afrika, kekurangan kentang telah menyebabkan restoran makanan segera kehabisan produk seperti kentang goreng dan kerepek.

Di Malaysia, kenaikan kos makanan telah menyebabkan harga ayam melonjak dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan peruncit telah membuat catuan jualan sebagai tindak balas.

Dengan ayam hidup terakhir dari Malaysia tiba di Singapura untuk disembelih pada hari Selasa lalu, negara kota itu kini bersiap sedia menghadapi kekurangannya sendiri, yang boleh berlarutan selama berbulan-bulan.

Penjual ayam di Singapura berkata, pelanggan minggu ini cuba mendahului larangan itu dengan membeli secara pukal, tetapi penjual menghadapi kekurangan ketika cuba menambah stok mereka.

Penjual ayam warga emas Ah Ho dan anaknya Thomas, 58, berkata harga ayam sudah lama tinggi.

"Perniagaan menjual ayam telah berada di ambang selama berbulan-bulan jadi ia bukan sesuatu yang bhaaru bagi kami," kata Ho.

Gerai ayam mereka telah kehabisan stok, dengan barangan yang kurang popular seperti hempedu telah habis dijual.

220531223712-02-malaysia-chicken-poultry-farm-restricted-exlarge-169

Malaysia menghentikan eksport ayam hidup ke Singapura mulai Jun dalam usaha untuk menangani kekurangan bekalan yang menyebabkan peningkatan harga.

"Nasib kita kini di tangan pembekal dan berapa banyak mereka mahu menaikkan harga untuk memperoleh keuntungan," kata Thomas.

Bagi bapa dan anak lelaki itu yang telah berkecimpung dalam perniagaan selama lebih tiga dekad, kelangsungan hidup sentiasa sukar, tetapi kini ia akan menjadi lebih sukar.

"Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada bulan depan atau lebih, atau berapa lama kekurangan ini akan berterusan, akhirnya mungkin tiba masa untuk kita menutup kedai," kata Thomas.

Kebimbangan tentang kekurangan ayam juga sudah pasti memberi kesan kepada gerai-gerai nasi ayam di seluruh Singapura.

Pemilik Nasi Ayam Hainan Tian Tian berkata, walaupun mereka akan terus menghidangkan nasi ayam, mereka akan berhenti menghidangkan hidangan ayam lain jika mereka tidak dapat mendapatkan daging segar.

Walaupun ada penyelesaian jangka pendek dengan mengimport lebih banyak ayam sejuk beku dari negara seperti Thailand dan Brazil, bagi kebanyakan penjual nasi ayam di seluruh pulau itu, ia bukanlah satu pilihan.

"Ayam beku? Anda harapkan kami masak nasi ayam menggunakan ayam sejuk beku? Rasanya tidak sedap," kata penjaja Madam Tong sambil ketawa.

"Jika begitu dan anda berpuas hati dengan kualiti seperti itu, anda boleh pergi ke Malaysia dan makan nasi ayam di sana," ujarnya. - CNN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain