suria

Ibu muda hamil 7 bulan maut ditembak di perut, polis tahan buruh bantu siasatan

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. Foto: Sinar Harian

SEORANG ibu muda maut dengan kesan tembakan dikesan pada bahagian kiri perutnya, dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas pada Sabtu.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang sedang hamil tujuh bulan ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Mayat wanita warga emas dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan

"Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut turut menemukan satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang kanan.

Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

"Susulan itu, seorang buruh berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu jam 11.25 malam bagi membantu siasatan," katanya lagi.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain