MAYAT wanita warga emas yang dikerat kepada 15 bahagian ditemui dalam tangki kumbahan sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar, pada Sabtu (4 Jun). Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bahagian tubuh mayat yang dipotong itu ditemui polis selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3.30 petang Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dibunuh, dibakar tepi sungai: Teman lelaki direman seminggu "Unit forensik polis kontinjen negeri turut dikerahkan ke lokasi untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. "Mangsa dikenal pasti sebagai wanita berusia 68 tahun. "Suspek dan mangsa sudah 12 tahun tinggal bersama di rumah itu sejak bapa meninggal dunia. "Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI