suria

Teka-teki PRU15, PM kata tarikh bubar Parlimen bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: BERNAMA.

BILA agaknya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan?

Soalan itu masih menjadi teka-teki, malah kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki bila PRU15, ini jawapan Perdana Menteri

Menurut Ismail Sabri, biarpun beliau diberi mandat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menasihatkan Seri Paduka berhubung pembubaran Parlimen, namun Al-Sultan Abdullah boleh menolak sekiranya tidak bersetuju.

"Eloklah kalau (kenyataan) 'flip flop' supaya mereka (DAP) tak tahu bila saya nak adakan PRU15. Cuba tengok daripada kenyataan perdana menteri terdahulu, ada tak mereka menetapkan tarikh pilihan raya. Kalau tanya (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) waktu itu dia kata saya (Dr Mahathir) belum dapat ilham.

"Jadi saya tak boleh katakan tarikh tertentu, kalau saya sebut tarikh, saya dah mendahului Yang di-Pertuan Agong, salah dari segi perlembagaan. DAP punya perangai mungkin dia tak hormat Yang di-Pertuan Agong tapi saya hormat Yang di-Pertuan Agong dan saya patuh pada perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini menyelar perdana menteri kerana pendirian yang didakwa "tidak konsisten” mengenai PRU15. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain