SERAMAI 9,696 iaitu 2.54 peratus daripada 407,097 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan semua A. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid pada Khamis. Beliau berkata, prestasi Gred Purata Nasional (GPN) bagi peperiksaan SPM 2021 menunjukkan penurunan sebanyak 0.06 Menurut Nor Zamani, GPN pada 2021 4.86 berbanding 4.80 bagi SPM 2020. "Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hari penuh debaran! Keputusan SPM bakal diumum pada 16 Jun Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM 2021 dari 2 Mac hingga 29 Mac lalu. Calon SPM 2021 juga adalah kohort pertama yang menggunakan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), iaitu satu format baharu dalam mata pelajaran. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI