suria

Body shaming netizen, siap panggil babi... mahkamah arah influencer Eira Aziera bayar RM100,000

Suharnizan (kiri) berjaya dalam kes samannya terhadapnya menang Eira Aziera (kanan). Foto: Peguam.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Begitulah yang menimpa influencer Eira Azirea yang baru-baru diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kerana melakukan penghinaan fizikal kepada Suharnizan Md Sidek.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam saman Suharnizan terhadap Eira Aziera secara dalam talian pada 30 Mei lalu, lapor Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis letih kena body shaming! Disuruh berhenti mengunyah, jaga pergerakan ketika pergi beraya bimbang rumah tetamu bergegar

Menurut laporan World of Buzz, insiden itu didakwa berlaku pada 18 Ogos 2020 apabila Suharnizan meninggalkan komen pada video live Eira, mempersoalkan keberkesanan produk pelangsingan badan.

Sebagai respons kepada komen itu, Eira membuat video sambil menggunakan bahasa kesat dan mengutuk bentuk badan Suharnizan.

Lebih teruk, dia turut membandingkan tubuh Suharnizan dengan haiwan dan memanggilnya dengan gelaran 'babi kuning'.

Dalam video sama, dia turut menunjukkan beberapa gambar Suharnizan bersama keluarganya.

Malah, rakaman video penghinaan fizikal terhadap Suharnizan itu turut dikongsi semula ke saluran YouTube Gang Viral Malaysia GVM dan masih boleh ditonton sehingga ke hari ini.

Atas tindakan itu, Suharnizan telah memfailkan saman RM2 juta terhadap Eira pada Oktober 2020 dengan mendakwa influencer itu telah menghina penampilan fizikalnya.

"Saya mengalami tekanan, trauma dan mesej peribadi tanpa henti daripada orang yang tidak dikenali, selain kemurungan dan gangguan emosi di tempat kerja saya.

"Saya kemudian mendapatkan nasihat daripada peguam saya yang mencadangkan saya membuat tuntutan sivil terhadap individu itu,” kata Suharnizan.

“Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Suharnizan (melalui wakil sahnya) telah berjaya membuktikan tuntutannya, selepas semua elemen yang diperlukan dipenuhi,” kata peguam Mohd Rasheed dalam satu kenyataan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain