suria

Agong jalani rawatan di hospital akibat sakit kaki

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana gering di bahagian kaki.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan pada Isnin.

"Kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

"Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan," ujar kenyataan itu.

Dimaklumkan bahawa semua progran melibatkan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini dan juga semua program terdekat telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain