suria

Tragedi makan-makan... 4 cedera selepas periuk ‘steamboat’ tiba-tiba meletup

Empat mangsa cedera akibat letupan periuk 'steamboat' di sebuah restoran.

EMPAT individu termasuk dua kanak-kanak cedera apabila periuk wap yang mereka gunakan meletup di sebuah restoran di Alamesra, Kota Kinabalu pada Ahad.

Difahamkan, dua mangsa dewasa melecur dan luka akibat letupan periuk 'steamboat' namun kecederaan dua lagi kanak-kanak tidak dapat dipastikan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.06 malam.

“Ketika kami tiba, dua kanak-kanak itu sudah dibawa ke hospital oleh orang ramai di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, dua orang dewasa itu, Wujon Marie Mae dan Roberto Antoni, 28, diberi rawatan awal sebelum mereka dibawa ke hospital. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain