suria

Tun M sedia bertanding PRU15 jika tiada calon yang sesuai

Jika tiada calon bersesuaian, Tun M pertimbang cadangan bertanding PRU15.

TUN Dr Mahathir Mohamad sedang mempertimbangkan untuk sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas perdana menteri itu berkata Pejuang akan meletakkan beberapa calon dan beliau akan bertanding di Langkawi sekiranya tiada calon lain yang sesuai.

"Kami belum boleh menamakan calon," ujarnya memetik laporan Astro Awani selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha feri di sebuah hotel di Kuah, Langkawi pada Rabu.

“Jika tiada pilihan yang sesuai dan jika orang mencadangkan saya bertanding, saya akan pertimbangkan," ujarnya lagi.

Pada Mac lalu, Dr Mahathir berkata dia mungkin tidak bertanding di Langkawi kerana kesihatan yang kurang baik. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain