suria

Aidiladha disambut 10 Julai

Pengumuman tarikh Aidiladha dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman

UMAT Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai.

Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman, pada Rabu malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada hari Ahad, 10 Julai 2022," katanya ketika mengumumkannya pada Rabu malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain