suria

Pacu visi IOIPG menerusi teras kepercayaan

NILAI kepercayaan mampu membina atau meruntuhkan sesebuah perniagaan. Oleh itu IOI Properties Group (IOIPG) akan terus mencapai visinya untuk menjadi jenama yang dipercayai, bukan hanya dalam kalangan pelanggannya tetapi juga dipercayai oleh pihak berkepentingan lain termasuk pekerja, rakan kongsi, pemegang saham dan seluruh komuniti kawasan pengoperasian.

Bagi mencapai visinya, Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG, Datuk Voon Tin Yow berkata, IOIPG akan memastikan pengeluaran produk berkualiti tinggi dilakukan secara konsisten serta berinovatif di samping menawarkan perkhidmatan bertaraf tinggi, terus komited dan bertanggungjawab dalam semua tindakannya.

“Kami mengukuhkan budaya saling menghormati dan bersikap adil dengan semua rakan kongsi perniagaan, pembekal, perunding, kontraktor dan penyedia perkhidmatan dalam usaha untuk menyokong aspirasi membina kepercayaan dengan semua pihak berkepentingan. Mereka merupakan rakan kongsi yang diberi keutamaan dalam misi untuk menunaikan janji kami kepada pelanggan,” katanya.

Untuk memastikan kumpulan dapat mencapai visinya, IOIPG telah meningkatkan tahap kualiti produk dan perkhidmatan melalui pelaksanaan strateginya.

Ini termasuk peningkatan penglibatan dengan pihak berkepentingan dan pelanggan untuk menerima maklum balas, mengesan dan memantau proses masa kini, penilaian dan penambahbaikan melalui analisis data.

Pelaksanaan dapat dilakukan dengan memanfaatkan teknologi untuk kelajuan dan ketepatan dalam memastikan penyampaian produk dan kecemerlangan perkhidmatan, sekali gus mencipta nilai untuk pemegang kepentingannya.

Selain itu, kualiti produk adalah keutamaan bagi IOIPG. Projek-projek IOIPG secara konsisten mencapai markah Sistem Penilaian Kualiti tinggi dalam Pembinaan (Qlassic) melebihi 80 peratus.

IOIPG menanda aras kualiti produknya terhadap pensijilan Qlassic oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan tersebut yang mana sistem ini mengukur dan menilai kualiti mutu kerja pembinaan bangunan berdasarkan Piawaian Industri Pembinaan (CIS7:2006).

IOIPG juga komited untuk mencipta pembangunan bersepadu yang rancak selaras dengan permintaan pasaran serta berhampiran dengan kemudahan pengangkutan yang baik dan infrastruktur moden.

Voon menambah, "Kami menggabungkan kehidupan mampan dan ketersambungan yang lancar sebagai cadangan nilai utama seperti yang dilihat dalam pembangunan unggul kami di IOI Resort City, Putrajaya dan IOI Rio di Bandar Puteri Puchong."

Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG, Datuk Voon Tin Yow.

Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG, Datuk Voon Tin Yow.

IOI Resort City ialah pembangunan bersepadu utama kumpulan yang merangkumi kawasan seluas 788 ekar di sekitar Lembah Klang Selatan. Turut tersedia adalah salah satu rangkaian lebuh raya terbaik di negara ini yang menghubungkannya ke pusat bandar Kuala Lumpur dan bandar-bandar di sekitarnya seperti Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, serta negeri-negeri selatan Malaysia.

Turut sama terancang adalah IOI Rio, iaitu bandar pintar bagi generasi akan datang yang terletak di Bandar Puteri Puchong dengan keluasan 930 ekar. Ia dihubungkan dengan baik melalui rangkaian pengangkutan sekali gus bakal menjadi lokasi pilihan bagi perkembangan teknologi dan perniagaan.

IOIPG juga terus mengekalkan pertumbuhan mampan jangka panjang dengan meningkatkan sumbangan masa depan daripada segmen perniagaan pelaburan hartanahnya, apabila lebih banyak kawasan boleh disewa bersih (NLA) ditambah kepada NLA sedia adanya kira-kira 6.497 juta kaki persegi yang kebanyakannya terdiri daripada ruang runcit dan pejabat.

Kumpulan juga menjangkakan NLA akan meningkat dengan penyiapan IOI City Mall Fasa 2 di IOI Resort City, Putrajaya dan IOI Central Boulevard Towers di Singapura, serta di Xiamen, China. Setelah siap, jumlah NLA akan berjumlah 9.212 juta kaki persegi.

IOI Mall, Xiamen mula beroperasi pada suku keempat 2021, manakala pembukaan IOI City Mall Fasa 2 dijangka pada suku ketiga 2022. Di Singapura, walaupun IOI Central Boulevard Towers dijangka siap pada 2023, aktiviti penyewaan unit telahpun bermula.

Satu lagi hotel dalam perancangan ialah Moxy Hotel yang akan dihubungkan terus ke IOI City Mall Fasa 2. Moxy Hotel, yang membawa jenama pengalaman Marriott International Inc, akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan menyasarkan generasi muda.

IOIPG juga akan mempunyai hotel 5 bintang jenama Marriott baharu dengan penambahan Hotel Sheraton Grand di Xiamen, China yang diuruskan oleh Marriott International. Ia akan menawarkan 370 bilik dan dijangka siap dan beroperasi pada separuh kedua 2023 dengan portfolio kumpulan IOIPG meningkat kepada enam buah hotel dengan jumlah keseluruhan 2,106 bilik.

Budaya kecemerlangan

Kecemerlangan pekerja akan dipupuk supaya selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan.

Kecemerlangan pekerja akan dipupuk supaya selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan.

Sementara itu, IOIPG mengiktiraf kepentingan memupuk budaya kecemerlangan dalam tenaga kerja melalui ekosistem yang memperkasakan pekerja untuk merealisasikan potensi mereka.

Memahami kekuatan kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerjanya, IOIPG menyediakan peluang pekerjaan yang adil dan sama rata melalui proses pengambilan yang berstruktur dan tidak berat sebelah serta menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi.

Kumpulan juga membangunkan strategi tiga tahun bagi pembangunan sumber manusia yang bukan sahaja sejajar dengan objektif perniagaannya, tetapi juga berkait rapat dengan visi dan misinya.

Sebahagian daripada strategi tersebut termasuk mengubah amalan kakitangannya dalam bidang kepimpinan, pengalaman bekerja dan teknologi. IOIPG turut melancarkan sistem pengurusan prestasi baharu untuk memacu penjajaran dan akauntabiliti yang lebih baik, serta membolehkan prestasi yang lebih baik merentas kumpulan.

IOIPG juga melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan untuk membangunkan kakitangannya serta membina jati diri.

Membina kemahiran pekerja adalah tumpuan utama, dengan kumpulan memperkasakan pekerja berkemahiran dan berkebolehan. Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti penglibatan pekerja dijalankan dengan tujuan membina tenaga kerja yang sentiasa melibatkan diri dan cekap untuk melaksanakan rancangan, strategi dan operasi kerja kumpulan dengan berkesan.

Ini adalah tambahan kepada penggunaan teknologi lain, termasuk pengkomputeran awan, aktiviti rutin automatik melalui automasi proses robotik, serta penjanaan laporan automatik dan proses kerja digital dengan keupayaan pengesahan data dan pengesanan audit.

Inisiatif transformasi digital ini adalah penting kerana pasukan IOIPG sentiasa meningkatkan cadangan nilainya kepada pelanggan melalui kemudahan dan perkhidmatan yang dipertingkatkan.

Menjaga alam sekitar

IOIPG komited untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan kesan aktiviti perniagaannya.

IOIPG komited untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan kesan aktiviti perniagaannya.

Walaupun IOIPG memberi tumpuan untuk menyampaikan prestasi kewangan keseluruhan, ia juga komited untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan kesan aktiviti perniagaannya.

Dari 2018 hingga 2020, IOIPG mencapai jalur penggredan 4 bintang dalam penarafan ESG yang dinilai oleh FTSE Russell di bawah Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia, bermakna ia merupakan antara 25 peratus teratas dalam kalangan syarikat yang tersenarai awam dalam Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia.

IOIPG juga menerima penarafan A dalam penilaian MSCI ESG Ratings pada tahun 2022.

IOIPG akan menggunapakai cadangan Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) dalam komitmennya untuk meminimumkan penggunaan karbon.

Selain itu, usaha akan dipergiatkan melalui inisiatif baharu, seperti menggunakan tenaga suria untuk mengurangkan peratusan penggunaan elektrik daripada grid, iaitu di antara 15 peratus sehingga 20 peratus untuk keseluruhan pusat beli-belahnya, serta pejabat IOI Rio di Puchong.

IOIPG, dengan kerjasama British Council, telah memulakan Program IOI-Active Citizens, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja dan komunitinya untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif.

Inisiatif alam sekitar kumpulan dikomunikasikan kepada pihak berkepentingan dalaman dan luaran melalui saluran IOI Sustain, yang menghubungkan pelbagai usaha kemampanan IOIPG merentasi pelbagai platform komunikasi.

Secara keseluruhannya, Voon merumuskan visi Dipercayai IOIPG dengan menekankan kepada konsistensi dan komitmen.

"Kita mesti sentiasa melaksanakan setiap perkara secara konsisten bagi mencapai visi kita untuk Dipercayai oleh semua pihak berkepentingan.

"Dalam erti kata lain, kita perlu menjadi pasukan yang terbaik supaya perniagaan yang dijalankan dapat terus berkembang maju, kukuh dan mampan untuk jangka masa panjang.”

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain