HUJAN lebat kira-kira tiga jam menyebabkan dua buah kampung di Baling, Kedah dilanda banjir kilat pada Isnin petang. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kejadian pada jam 6.30 petang itu menjejaskan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Katanya, hujan lebat sekitar jam 2 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai. "Sepasukan anggota APM Baling membuat tinjauan ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut. "Bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya. - Sinar Harian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI