suria

‘Crackhouse Comedy Club’ disimbah cat merah dan hitam

Cat berwarna merah dan hitam disimbah pada pada papan tanda dan pintu hadapan Kelab Komedi Crackhouse.

KELAB Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, disimbah cat berwarna merah dan hitam pada awal pagi Selasa (19 Julai).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

"Saya boleh sahkan laporan polis sudah dibuat dan kita akan siasat.

"Kami menggesa orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas ‘Crackhouse Comedy Club’ lokasi anjur lawak hina Islam direman

Difahamkan, polis telah dimaklumkan mengenai kejadian oleh orang awam sekitar pukul 7 pagi.

Cat disimbah pada papan tanda dan pintu hadapan kelab komedi tersebut yang turut mengenai premis bersebelahan.

Kelab komedi berkenaan menjadi tumpuan ramai selepas video berdurasi 54 saat tular di media sosial, memaparkan seorang wanita yang mendakwa mnghafal 15 juzuk ayat al-Quran menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di premis tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penggantungan kelab komedi itu sementara menunggu siasatan ke atas lesen premis tersebut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain