suria

Ngeri... Lengan kiri anggota tentera remuk, hampir putus selepas jaket terbelit pada rim motor

Anggota tentera berkenaan sedang dibantu oleh orang ramai selepas lengannya remuk dan tersangkut pada rim motor.

TANGAN kiri seorang anggota tentera hancur dan hampir putus selepas tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Anuwal Ab Wahab berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 37 tahun dan bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Syed Sirajuddin, Tampin, sedang membonceng motosikal yang ditunggang rakannnya.

Namun tidak semena-mena, jaket yang dipakai mangsa tersangkut pada sprocket (gegancu) motosikal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan kena bom, rider kudung terpaksa panggil pelanggan angkat pesanan sendiri - “Macam mana you bawa motor?”

"Kedua-dua rakan sekerja itu sedang menuju ke tempat kerja mereka dari Felda Pasir Besar ketika kejadian berlaku pada pukul 7.10 pagi berhampiran Hospital Tentera Darat Gemas.

"Tiba-tiba jaket mangsa tersangkut pada sprocket menyebabkan dia terjatuh dari motosikal," katanya dalam satu kenyataan.

Anuwal berkata ketika motosikal itu masih bergerak, lengan kiri mangsa termasuk dalam rim roda belakang menyebabkannya hancur.

Mangsa juga mengalami patah kaki selepas terjatuh daripada motosikal.

Walaubagaimanapun, rakan sekerja mangsa yang juga penunggang motosikal tidak cedera, tambah Anuwal.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain