suria

Video berbaur perkauman, pemilik kelab komedi didakwa esok

Lelaki tersebut menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PENGASAS dan pemilik bersama sebuah kelab komedi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Khas Siber, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Lelaki berusia 39 tahun itu berdepan pertuduhan membuat persembahan komedi berbaur perkauman di sebuah premis, di ibu negara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 14 Julai lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis sehari kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Crackhouse Comedy Club’ disimbah cat merah dan hitam

"Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Polis pada 14 Julai lalu menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain