suria

Tak pandang muka salam selepas solat, anggota tentera ditampar pesara TLDM

Tangkap layar video yang tular memaparkan anggota TLDM (berbaju oren) ditampar jemaah di sebelahnya (berbaju hijau).

HANYA kerana tidak memandang muka ketika bersalaman usai mendirikan solat, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikasari oleh seorang jemaah lain yang duduk di sebelahnya.

Kejadian berkenaan berlaku pada petang Isnin, di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.

Ketua Polis Manjung, Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30an.

Menurut mangsa, kejadian berlaku selepas selesai solat Asar di masjid berkenaan, kira-kira pukul 5.10 petang.

"Setelah selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya.

"Susulan itu mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah nafsu terbantut gara-gara rakan sejenis tak mahu hisap kemaluan, remaja ‘Kancil hijau’ keluarkan pisau... Suspek kini ditahan polis

Nor Omar berkata, kedua-dua pihak sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman.

"Ini menyebabkan suspek yang juga pesara TLDM berusia 46 tahun berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," ujarnya lagi.

Terdahulu, klip video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang lelaki menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai solat tular di media sosial sejak Selasa.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya mengecam jemaah lelaki yang bertindak keterlaluan di masjid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain