suria

Keadaan kesihatan kembali merosot, bekas setiausaha politik mohon doakan kesembuhan Abdul Khalid

Abduk Khalid kini sedang menerima rawatan perubatan.

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan perubatan.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin berkongsi keadaan kesihatan terkini Abdul Khalid menerusi satu catatan di Facebook pada Khamis (21 Julai).

Menurut Faekah, dia berpeluang melawat Abdul Khalid di kediamannya pada Rabu (20 Julai).

ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Dipecat Daripada PKR

"Semalam (Rabu), saya sempat ziarah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Masuk sahaja ke bilik, nampak Puan Sri Salbiah (isteri Abdul Khalid) duduk setia di sisi sambil memerhati jururawat yang sedang menyediakan alatan untuk memberi rawatan kepada Tan Sri.

"Dengan tidak semena-mena dadaku terasa berat, sebak dan pilu apatah lagi kedengaran sayup bacaan al-Quran yang dipasang di dalam bilik.

"Bertambah sedih kerana tiada peluang dan kesempatan untukku berbual bertanya khabar pada Tan Sri kerana jururawat sudah mahu memulakan rawatannya," tulisnya.

Faekah turut mendoakan agar segala urusan berkaitan rawatan Abdul Khalid dipermudahkan dan kembali sihat.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Abdul Khalid.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Beliau memegang tampuk pemerintahan Selangor sebagai Menteri Besar selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014 apabila dipecat daripada jawatan tersebut yang kemudian digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain