suria

Suria KLCC gelap! Betul ke blackout seluruh Malaysia? Ramai kongsi pengalaman di media sosial

Seorang individu berkongsi foto Suria KLCC yang turut bergelap akibat gangguan bekalan elektrik. Foto: @mwnkenobi .

MEDIA sosial kecoh pada Rabu tengah hari apabila sebilangan besar netizen melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Kejadian itu kecoh diperkatakan kerana dipercayai berlaku di banyak kawasan khususnya di ibu negara.

Namun, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku serentak di seluruh Malaysia.

Semakan mStar di laman Twitter mendapati netizen membanjiri platform sosial itu untuk berkongsi pengalaman mereka.

"Apa cerita ni banyak area KL blackout ni sekarang?

"Satu Malaysia blackout ke macam mana ni?

"Apa yang berlaku? Semua tempat blackout," tulis beberapa netizen.

Di Twitter, seorang individu dikenali sebagai @mwnkenobi turut berkongsi foto suasana gelap akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku dalam pusat beli-belah Suria KLCC.

Dalam pada itu, beberapa individu di Negeri Sembilan dan Pahang dan Pulau Pinang turut mendakwa berhadapan kejadian serupa.

Dalam pada itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

"Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

"Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

"Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," ujar TNB menerusi Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain