RAKAMAN tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan didera dan dipukul dengan penyapu mengundang kemarahan netizen sejak Jumaat lalu. Dalam perkembangan terbaharu, pasangan suami isteri yang tular dalam video itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada Rabu, atas pertuduhan menganiaya mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya tengok! Tular video wanita rambut pink ‘kerjakan’ budak dengan batang penyapu Isteri, Amira Hamzah, 28, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30, dari Singapura, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal. Selain dipukul dengan penyapu, mangsa turut disakiti menggunakan penyangkut baju. - Sinar Harian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI