suria

Taman Sri Muda dilanda banjir kilat, penduduk luah rasa risau... Masih teringat kejadian Disember lalu

Taman Sri Muda dilanda banjir kilat pada Sabtu petang.

HUJAN lebat pada petang Sabtu menyebabkan banjir kilat melanda Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor.

Orang ramai membuat aduan secara dalam talian, yang mana sebilangannya kecewa apabila ia berulang setiap kali hujan.

Vdeo turut dimuat naik ke laman Twitter, menunjukkan kereta mengharungi air banjir di belakang pasar raya Mydin di kawasan itu.

“Ingatlah, setiap kali hujan lebat, penduduk Sri Muda mula risau, ada yang mengalihkan kereta mereka ke tempat yang lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa sanggup redah banjir balik rumah demi beri kucing makan, terkejut tengok pemandangan Taman Sri Muda selepas terbangkan dron

“Sudah hampir setahun sejak banjir Disember lalu tetapi masih belum ada kemajuan untuk mengelak kejadian sebegitu lagi,” kata seorang pengguna Twitter.

Pengguna lain berkata "Abang saya panik. Memindahkan perabot dan kereta keluar! Belajar daripada pengalaman. Berharap hujan berhenti."

Ketika dihubungi, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Muda 2 (Seksyen 25) Mogan Thangavelu berkata penduduk bimbang banjir kilat semakin teruk.

“Longkang penuh tetapi air masih mengalir.

“Namun, kerana takut, mereka memindahkan kereta mereka ke kawasan yang lebih tinggi,” katanya sambil menambah ada juga yang memindahkan perabot mereka ke tingkat atas kediaman. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain