suria

Gardenia naikkan harga produk mulai 1 September

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Senarai harga baharu untuk 53 produknya menunjukkan roti Gardenia Original Classic 400 gram (g) berharga RM2.80 naik 20 sen kepada RM3, manakala roti Gardenia Original Classic Jumbo berharga RM4 naik 30 sen kepada RM4.30.

Sementara itu, roti Breakthru Bran & Wheatgerm (400g) berharga RM2.90 naik kepada RM3.50.

Kenaikan harga produk Gardenia juga meliputi rangkaian ban, roti krim, mufin dan mi kuning.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Beberapa produk naik harga mulai 1 September, roti Gardenia Bonanza Keluarga kekal RM2.75

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memberitahu, syarikat itu tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga, berikutan kenaikan kos bahan-bahan mentah.

gardenia 4

Penjelasan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Menurutnya, ini termasuk kos pengangkutan yang mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sangat ketara dan syarikat telahpun menyerap kenaikan kos tersebut.

"Kami ingin meyakinkan anda bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.

"Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas.

"Sudah menjadi polisi kami untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna kami dan yakinlah bahawa kami akan terus melakukannya," menurutnya.

Perubahan harga itu meningkat dalam tempoh kurang setahun selepas dilaporkan kenaikan harga produknya bermula 1 Disember 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain