suria

MKT Umno mahu Parlimen dibubarkan waktu terdekat - Ahmad Maslan

Mesyuarat MKT Umno yang berlangsung pada malam Jumaat di Menara Dato Onn di WTCKL.

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: “PRU15 sikit lagi... tak lama lagi” - PM

Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya.

Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk untuk pemulihan ekonomi negara.

Mesyuarat malam tadi, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid di Menara Dato Onn di WTCKL, turut dihadiri oleh Ismail Sabri.

Ketika ini hangat diperkatakan bahawa Parlimen mungkin dibubarkan antara 10 dan 14 Oktober, beberapa hari selepas Belanjawan 2023 dibentangkan pada 7 Oktober. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

MKT Umno, pembubaran Parlimen, PRU15

Artikel Lain