suria

Intipati Bajet 2023: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan yang rakyat perlu tahu

Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat petang.

BAJET 2023 yang dibentangkan hari ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Seperti tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi tampil membentangkan Bajet 2023, pada pukul 4 petang, Jumaat.

Dia dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan pada 2.30 petang menuju ke Parlimen bagi pembentangan itu.

Tengku Zafrul menggayakan baju Melayu rona biru sambil memegang erat sebuah beg sampul hitam, dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Berikut merupakan intipati Bajet 2023:

- RM10 juta di samping Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kerajaan turut menyokong usaha untuk meraikan kepelbagaian di Malaysia dan memelihara pelbagai bahasa dan budaya lain khususnya di peringkat komuniti seperti Kadazan Dusun dan Siam

- RM5 juta Program Diplomasi Bahasa dan Budaya ke arah pengantarabangsaan dan memperkasa Bahasa Melayu di persada dunia.

- RM100 juta kepada Yayasan Hasanah untuk menerajui usaha di peringkat komuniti seperti menjana pendapatan, memastikan tiada yang ketinggalan dalam pendidikan dan menggiatkan program pemeriksaan kesihatan.

- RM216 juta bagi memperbaik, membersih dan merawat sungai di seluruh negara, projek pemuliharaan akan dilaksanakan antaranya di Muara Sungai Merang, Terengganu dan Muara Sungai Perak.

- Pengecualian duti import dan eksais ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.

file74uwkk8o0ohuecg3f2p

RM2.6 bilion diperuntukkan melalui agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi.

- RM3 bilion nilai jaminan bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sehingga 2025.

- RM3 bilion nilai jaminan bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sehingga 2025.

- RM700 juta peruntukan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun 2023, untuk melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.

- RM20 juta pembangunan Litar Drag bagi menggalakkan belia dalam sukan permotoran melalui platform yang tepat.

- RM5.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan Sarawak.

- RM6.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan Sabah.

- RM1.5 bilion bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang hampir 500km yang akan memberi manfaat secara langsung kepada lebih 110,000 penduduk.

file7hdig9ebh6r1p86qlk

Bajet 2023 juga tidak melupakan golongan penjawat awam dengan pelbagai imbuhan yang menarik.

- RM145 juta untuk penyelenggaraan, naik taraf dan pembinaan kemudahan sukan.

- RM102 juta Untuk Dana Kandungan Digital yang bakal menolong pemasaran produk penggiat seni.

- RM315 juta Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil, bagi menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi berhasil untuk manfaat 387,000 pekebun kecil.

- RM2.6 bilion diperuntukkan melalui agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi, iaitu FELDA, FELCRA dan RISDA.

- Imbuhan Penjawat Awam - Jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

- Imbuhan Penjawat Awam - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

- Imbuhan Penjawat Awam RM1.3 bilion Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan BKK RM350 kepada 1 juta pesara Kerajaan.

- Imbuhan Penjawat Awam - RM1.5 bilion kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

- Imbuhan Penjawat Awam - Pertambahan cuti rehat khas pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun sebanyak 5 hari menjadi 15 hari, memanfaatkan 500 ribu guru dan berpeluang mengumpulkan GCR yang lebih tinggi.

Customers shop at an Apple Store on the first day of sale for the Apple iPhone 14 in Beijing, China, Friday, Sept. 16, 2022. (AP Photo/Mark Schiefelbein)

Kerajaan menyediakan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefor Pintar penjawat awam.

- Imbuhan Penjawat Awam - Kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus juga akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.

- Imbuhan Penjawat Awam - Kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai dinaikkan daripada 160 kepada 180 hari dengan anggaran implikasi kewangan RM100 juta setahun.

- Penurunan kadar pembiayaan dari 4 peratus ke 2 peratus bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefor Pintar penjawat awam, diperluas merangkumi jam tangan pintar.

- RM400 juta kepada NADMA supaya bersiap siaga membantu dengan segera jika berlaku banjir pada hujung tahun ini.

- RM500 juta projek fasa tambahan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok, Kelantan.

- RM562 juta Projek Empangan Sabo di 46 lokasi seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur.

- RM1 bilion Skim Pembiayaan Agrofood BNM pada kadar 3.5 peratus, untuk pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran.

- RM47 juta bagi persediaan Angkatan Tentera Malaysia menghadapi sebarang bencana.

Flood situation in Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam. - AZHAR MAHFOF/The Star

Bajet 2023 memperuntukkan RM400 juta kepada NADMA.

- Tambahan 2 buah hospital medan ATM di Kluang, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah

- RM2 bilion Pembinaan Kolam Takungan Dwifungsi, sebagai strategi mengatasi masalah banjir dan pusat penyimpanan bekalan air mentah.

- RM15 bilion Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sehingga tahun 2030, bagi strategi jangka panjang untuk beradaptasi dengan perubahan iklim di seluruh negara.

- Program MyWIRA diskaun 50 peratus ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA bagi 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis.

- RM17.4 bilion Kementerian Pertahanan (MINDEF)

- RM734 juta program MySalam yang akan memanfaatkan 1.5 juta individu B40, termasuk 500,000 individu yang menerima pampasan disebabkan COVID-19

- RM80 juta Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) termasuk saringan penyakit kencing manis.

file7a6k1bcd08m173dqahk6

Bajet 2023 memperuntukkan RM36.1 billion untuk Kementerian Kesihatan.

- Pengecualian duti import dan cukai jualan terapi gantian nikotin bagi menggalakkan rakyat menghentikan tabiat merokok.

- RM420 juta baiki hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang

- RM1.8 bilion peruntukan bagi membina hospital, klinik dan fasiliti baru, serta untuk perolehan peralatan perubatan.

- RM4.9 bilion untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12 peratus berbanding tahun 2022.

- RM36.1 billion untuk Kementerian Kesihatan.

- RM25 juta insentif kepada rakyat bagi menyokong industri pelancongan tempatan. Ini meliputi diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100.

file7mzgfqdu5mcuvy6tii3

Kerajaan memperuntukkan RM25 juta insentif kepada rakyat bagi menyokong industri pelancongan tempatan.

- RM25 juta insentif kepada rakyat bagi menyokong industri pelancongan tempatan. Ini meliputi diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100.

- RM500 juta Pembiayaan Pelancongan BNM (PTF).

- RM9 bilion had jaminan sehingga RM9 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi memudahkan PKS mendapat pembiayaan.

- RM10 bilion dana BNM untuk PKS antaranya untuk automasi,pendigitalan, pelancongan dan pertanian.

- RM45 bilion peruntukan bagi inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia.

- RM228 juta bantuan kepada pesawah padi yang akan memanfaatkan seramai 240,000 pesawah.

- RM1 bilion geran one-off RM1,000 untuk semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar. Memanfaatkan 1 juta penerima.

- Pengurangan kadar cukai ke atas pendapatan bercukai 100 ribu pertama daripada 17 peratus ke 15 peratus untuk PMKS.

file7meih63p1f6rsg0p7vi

RM228 juta bantuan turut diberikan kepada pesawah padi yang akan memanfaatkan seramai 240,000 pesawah.

- RM256 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM800 kepada pekebun kecil getah, memanfaatkan 320 ribu pekebun kecil

- RM1.8 bilion peruntukan subsidi dan insentif pesawah dan nelayan.

- RM10 juta baucar perjalanan OKU Melalui Perkhidmatan E-Hailing.

- RM256 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM800 kepada pekebun kecil getah, memanfaatkan 320 ribu pekebun kecil

- RM1.8 bilion peruntukan subsidi dan insentif pesawah dan nelayan.

- RM1.2 bilion peruntukan untuk OKU – antaranya penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya kerja dan elaun pekerja cacat.

- RM1 bilion untuk kebajikan warga emas.

- RM305 juta Peruntukan Orang Asli, untuk bantuan sosial, dan meningkatkan taraf hidup.

file7634vyz0peqh8oly4k3

Kerajaan menyediakan RM10 juta baucar perjalanan OKU Melalui Perkhidmatan E-Hailing.

- RM209 juta subsidi pengangkutan udara bagi pedalaman Sabah & Sarawak.

- RM367 juta bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), yang bakal memanfaatkan sebanyak 12,400 bakal penghuni baharu.

- RM3 bilion untuk jaminan Kerajaan melalui Syarikat Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP), yang akan membantu 12,000 peminjam.

- Elaun Sara Hidup JPA dinaikkan sebanyak RM100 bagi pelajar dan pegawai dalam negara.

- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus.

- Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

- RM6.7 bilion peruntukan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET, melalui Majlis TVET Negara.

- RM3.8 bilion peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.

- RM1.2 bilion peruntukan untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif khususnya di Sabah & Sarawak.

- RM1.1 bilion peruntukan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah.

1739837

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus diperuntukkan untuk pelajar.

- RM777 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi memastikan murid-murid mendapat kandungan khasiat harian, memanfaatkan seramai 800 ribu murid.

- RM825 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

- RM55.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan, peruntukan yang terbesar di Bajet 2023 berbanding tahun ini, RM52.6 bilion.

- Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.

- RM150 juta peruntukan Insentif Penggajian di bawah PERKESO, sebanyak RM600-RM750 sebulan, untuk tempoh 3 bulan bagi golongan rentan.

- RM200 juta peruntukan menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.

- RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

story on e wallet

Bajet 2023 memperuntukkan kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun.

- RM400 juta program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

- RM305 juta peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.

- RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

- RM3,000 pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.

- Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.

- RM235 juta peruntukan bagi dana pembiayaan untuk usahawan wanita.

- RM11 juta untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

- Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

- Pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2 mata peratusan.

bajet1

Bajet kali ini turut menawarkan subsisi bil eletrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.

- RM1 bilion untuk program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500 pada 2022.

- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 untuk keluarga dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500 yang menampung lima anak atau lebih.

- Bagi isi rumah sehingga empat orang pula, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

- Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000, layak terima BKM antara RM500 sehingga RM1,250, bergantung pada bilangan anak.

- BKM RM600 untuk warga emas dan RM350 untuk bujang.

- Subsisi bil eletrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih

- Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM2.5 bilion untuk 450,000 isi rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain