suria

Bajet 2023: e-Wallet RM200 untuk belia, M40 bakal perolehi RM100

Kredit e-wallet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000. -Gambar hiasan

BERITA baik! Kredit e-Wallet bernilai RM100 bakal dinikmati kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Di bawah inisiatif e-Pemula itu, ia memanfaatkan 8 juta individu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada petang Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, bagi Program e-Pemula, kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-Dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

Program e-Pemula itu melibatkan peruntukan RM400 juta,

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain