suria

BKM ditambah baik! Isi rumah tanggung 5 anak ke atas terima RM2,500, ibu lahir bayi tahun 2023 pun ada bantuan

isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500.

DIKEMASKINI

BAJET 2023 menyaksikan isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima anak atau lebih, layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,500.

Sementara itu, bagi isi rumah sehingga empat anak, mereka layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada petang Jumaat.

Sebanyak RM10 bilion diperuntukkan untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

"Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik," katanya.

Selain itu, tambahan RM500 akan diberikan kepada ibu atau bapa tunggal, dinaikkan jumlahnya kepada RM3,000 berbanding RM2,500.

Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding RM2,500 tahun ini.

Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

Bagi golongan ibu kepada isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500.

BKM 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain