suria

Berita baik untuk peminjam! Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 1 November

Kerajaan menawarkan diskaun PTPTN daripada 1 November 2022 hingga 30 April 2023.

KERAJAAN mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Peminjam PTPTN juga boleh menarik nafas lega kerana terdapat diskaun bagi bayaran balik pinjaman.

Tawaran itu bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023

Diskaun itu merangkumi:

- 20 peratus untuk bayaran penuh.

- 15 peratus untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

- 15 peratus untuk pembayaran daripada gaji atau debit terus berjadual (auto debit).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada petang Jumaat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain