suria

PM menghadap Agong kali kedua, Umno panggil mesyuarat khas MKT esok... Parlimen bakal dibubar?

Perdana Menteri menghadap Agong kali kedua dalam tempoh empat hari.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad, mencetuskan satu lagi spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.

Ini adalah kali kedua Perdana Menteri menghadap Agong dalam tempoh empat hari.

Ramai membuat spekulasi pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan persetujuan bagi pembubaran Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: PM menghadap Agong di Istana Negara, rutin biasa bincang isu kerajaan

Difahamkan Ismail Sabri mengadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara sekitar tengah hari Ahad.

Terdahulu, kedua-duanya menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pada Khamis (6 Oktober), Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, di mana ia adalah mesyuarat mingguan pra-Kabinet.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, Umno memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok, dipercayai bagi memperinci persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta memuktamadkan bentuk kerjasama dengan PAS pada PRU kelak. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain