suria

Berita baik kepada penduduk sekitar Shah Alam, Damansara! Lebuh raya DASH dilancarkan, dijangka mampu jimat masa perjalanan

Lebuhraya bertingkat DASH yang hari ini secara rasminya dilancarkan.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelancaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang mula dibina sejak Ogos 2016.

Manfaat bakal dinikmati oleh penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya mereka yang kerap melalui kawasan panas dan sering berlaku kesesakan untuk ke Kuala Lumpur dari Shah Alam.

Alternatif yang disediakan ini mampu mengurangkan kesesakan, tempoh perjalanan dan menyuraikan trafik secara lebih berkesan.

“Lebuh raya ini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi strategik seperti di sepanjang Persiaran Mokthar Dahari, Jalan Sungai Buloh dan Persiaran Surian sehingga 40 peratus ketika waktu puncak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembinaan Lebuh Raya Dash, Suke Diteruskan Seperti Dirancang - Noh Omar

“Tempoh perjalanan juga dijangka dapat dijimatkan kepada 30 minit pada waktu puncak dari Persimpangan Puncak Perdana ke Persimpangan Penchala.

“Berbanding dengan laluan sedia ada yang mengambil masa selama satu jam 30 minit,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran DASH di Plaza Tol Denai Alam, Shah Alam.

Selaras dengan pelancaran Lebuhraya DASH, sebagai tanda keprihatinan terhadap bebanan rakyat, Ismail Sabri juga membawa berita gembira dengan pengurangan kadar tol di bawah kendalian PROLINTAS berkuatkuasa 12:01 tengah malam 20 Oktober 2022.

Lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Manakala, pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya LEKAS dan BESRAYA di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023,” katanya.

Seterusnya, penggunaan DASH tidak akan dikenakan bayaran tol bagi tempoh selama sebulan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain