suria

Tiba-tiba minta pelukan makcik, wanita ini menangis di restoran sebab terkenang ibu sendiri terlantar sakit

Wanita itu sedih kerana terkenangkan ibunya yang sedang sakit.

KISAH seorang wanita meminta pelukan daripada orang yang tidak dikenali kerana terkenang akan ibunya ternyata meruntun hati netizen.

Pengguna media sosial Anis Ramli berkata, dia dan ibunya sedang menikmati makan tengah hari di Restoran Sri Karak, Petaling Jaya ketika wanita itu mendekati ibunya dan bertanya sekiranya dia menikmati makanan tersebut atau tidak.

Selepas mengajukan soalan berkenaan, wanita itu secara tiba-tiba meminta kebenaran untuk memeluk ibunya.

Biarpun terkejut dengan permintaan itu, ibu Anis memberi respon positif dengan memeluknya sehingga dia menangis teresak-esak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu strok tercari-cari suami tercinta, rupanya sudah 5 hari meninggal! Anak terpaksa bohong takut makin sakit... “Abah rehat mak”

Wanita itu berkata, ibu Anis mengingatkan dia kepada ibunya yang kini sakit dan tidak mampu menikmati makanan secara normal.

"Mak saya umur 93 tahun. Dia tak boleh makan. Hanya disuap menggunakan tiub.

"Sebab itu saya seronok tengok puan makan dan menikmati juadah. Saya teringat mak saya," ujar wanita itu.

Anis berkongsi kisah sayu itu menerusi Facebook pada 27 September lalu sebelum ia menjadi tular, baru-baru ini.

Posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya turut sedih dengan kejadian berkenaan.

"Air mata saya mencurah-curah. Saya tidak dapat menahannya. Saya merasakan kesakitannya.

“Boleh saya peluk mak awak juga?" tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain