PAKAI Honda mampu, bayar tol tak mampu. Demikian komen seorang netizen berhubung kes pemilik kereta Honda City yang ditahan gara-gara culas membayar tol. Menurut laman Twitter rasmi PROLINTAS Kajang SILK, ia bukanlah kejadian pertama melibatkan kereta itu, sebaliknya ia telah dilakukan sebanyak 59 kali. "Kali ini, pemandu kereta Honda pula kantoi selepas 59 kali terlepas bayar tol, dengan tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran. "Kejadian berlaku malam tadi di Lebuhraya Kajang SILK. Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama oleh si pelaku. "Pesanan untuk semua, jangan cuba elak bayar tol tau! Buat malu geng pakai ‘H’ je," tulis pengendali Twitter itu pada Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘ajar’ pemandu kereta cuba ambil kesempatan, ‘cucuk’ belakang nak elak bayar tol... mujur dah lama pasang kamera Rata-rata netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila pemandu Honda berkenaan akhirnya kantoi dan ditahan. Malah, segelintir netizen turut memberi cadangan agar pihak tol mengenakan bayaran denda berganda untuk memberi pengajaran kepada pemandu berkenaan. "Kenapa tak kenakan denda yang lebih tinggi? Contoh lima kali atau 10 kali nilai tunggakan tu. Barulah sedar dan insaf. "Sepatutnya kena denda lima kali dengan jumlah dia kena bayar, baru ada akal. Tak nak bayar tol, lalu jalan luar. Membahayakan pengguna ikut rapat-rapat. "Patut buat denda ke penjara ke. Banyak kali kereta aku kena cucuk sebab pencuri-pencuri ni," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI