suria

Selepas Perlis, Pahang... DUN Perak pula bubar

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya dibubarkan berkuat kuasa Isnin.

BAGI memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU- 15), Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa pada Isnin.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Tapah selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, 10 Oktober lepas.

Perak mengikut jejak dua lagi negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis dan Pahang yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

Sebelum ini, Perak menjadi satu-satunya negeri ditadbir oleh BN yang belum mendapat perkenan sultannya bagi pembubaran DUN.

Setakat ini, Dewan Negeri Perak diwakili oleh 59 kerusi DUN. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain