suria

Tahniah! Dr Amalina timang baby girl, namakan puteri sulung Arabella Mia

Dr Amalina berkongsi berita gembira kelahiran puteri sulungnya di Instagram. Foto: Instagram Dr Amalina

DOKTOR kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya kini telah bergelar ibu.

Berita gembira itu dikongsikan beliau menerusi laman Instagram, pada petang Selasa.

Menerusi laman tersebut, Dr Amalina berkata dia dan suaminya, Alexander Charles (Alex), sepakat untuk menamakan puteri sulung mereka dengan nama Arabella Mia.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berumah tangga, Dr Amalina bakal timang cahaya mata... Alami muntah-muntah, hilang berat badan ketika trimester pertama

"Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.

"Kami mengkagumi dan menghargai setiap saat dengan si kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang menanti pada masa akan datang, Alhamdulillah," tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Amalina turut memuat naik tiga keping gambar bersama bayinya.

Untuk rekod, Dr Amalina melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, pada 31 Mac tahun lalu, di London Central Mosque.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain