TEKA-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10.05 pagi Khamis menetapkan bahawa PRU15 akan diadakan pada 19 November 2022 iaitu pada hari Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sah! PM umum bubar Parlimen, PRU15 menyusul
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentar tadi.
SPR turut mengumumkan 5 November (Sabtu) sebagai tarikh penamaan calon, manakala 15 November (Selasa) sebagai hari mengundi awal.
Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI