SEBUAH helikopter yang membawa enam individu termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Cameron Highlands. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, penumpang helikopter berkenaan dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Pasukan STORM kami sedang dalam perjalanan, dan kami tidak pasti keadaan mereka yang berada di dalam helikopter itu," katanya ketika dihubungi. Dipercayai, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi, melibatkan helikopter milik syarikat swasta. Helikopter berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI