KESEMUA enam mangsa nahas helikopter di Cameron Highlands telah ditemui dalam keadaan selamat. Walaubagaimanapun, lima daripadanya termasuk juruterbang mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi mengalamai patah tulang paha. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota penyelamat telah menemui kesemua enam mangsa di kawasan bukit di Brinchang, Cameron Highlands kira-kira pukul 4 petang. Pasukan bomba melakukan misi dan menyelamat kesemua mangsa nahas helikopter. "Usaha membawa mangsa keluar dari kawasan itu sedang giat dijalankan oleh anggota mencari dan menyelamat," katanya lagi. Helikopter yang dipercayai membawa petugas dan peralatan perubatan itu dikatakan terhempas kira-kira pukul 1 tengah hari. Helikopter itu dalam perjalanan ke Tanjung Rambutan, Perak dari Kampung Gawin, Kelantan.- THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI