PERKHIDMATAN WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi gangguan teknikal ketika ini, menyebabkan pengguna aplikasi popular berkenaan tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej. Difahamkan, gangguan berkenaan dikesan berlaku sekitar pukul 3.00 petang tadi. Menurut laporan Business Today, Downdetector iaitu laman web yang menjejaki gangguan dalam talian di seluruh dunia, menunjukkan peningkatan mendadak dalam bilangan pengguna yang melaporkan gangguan WhatsApp. ARTIKEL BERKAITAN: Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala... apa berlaku sebenarnya? Laman web itu melaporkan lonjakan besar dengan kira-kira 30,000 laporan dalam talian dibuat oleh pengguna berhubung gangguan terbabit. Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan. Sementara itu, semakan mStar mendapati 'WhatsApp' menjadi kata kunci paling trending di laman Twitter ketika ini. Rata-rata netizen turut merungut kerana menghadapi masalah ekoran gangguan tersebut. "Mati-mati ingat data habis! "WhatsApp down rupa-rupanya... ingatkan wifi rumah yang problem. "Lima kali aku on off wifi... akhir sekali kena game dengan WhatsApp," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI