SEMPENA sambutan Deepavali, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tiga anak Malaysia berbangsa India tampil dengan klip video lagu rap. Menerusi video dikongsikan di Instagram miliknya, kelihatan Syed Saddiq mengenakan baju tradisional kaum lelaki India bagi menjayakan klip muzik tersebut yang mana dia berkolaborasi bersama Vikarworld. Ternyata, video tersebut membuktikan dia bukan hanya pandai berhujah dalam politik, tetapi bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga mempunyai bakat menyanyi yang agak baik dan mampu melontarkan nyanyian rap dalam bahasa Tamil. ARTIKEL BERKAITAN: Buat ucapan Deepavali, tali pinggang lusuh yang netizen nampak... Syed Saddiq ‘ditilik’ lagi! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda India cipta lagu dalam bahasa kebangsaan, rap luah perasaan sebagai rakyat Malaysia “Happy Deepavali to all my brothers and sisters. “Let’s work together to make Malaysia better,” tulisnya dalam posting tersebut yang dimuat naik pada Ahad malam. Persembahan yang ditonjolkan ini nampaknya lebih mendapat perhatian berbanding ucapan Selamat Hari Deepavali yang ditulis sebagai kapsyen video. “YB (Yang berhormat) boleh rap... lain macam. “Saya ada satu soalan yang selalu sangat nak ditanya. Apa yang anda tak boleh buat? “Tak pernah sangka YB akan jadi seorang rapper. Teruskan!” komen beberapa netizen pada posting tersebut. Lagu rap yang disampaikan ini bertujuan untuk menyampai mesej agar warga Malaysia, Melayu, Cina, India dan sebagainya bersatu ke arah Malaysia yang lebih baik. Sebelum ini, Syed Saddiq juga pernah menjadi bualan netizen apabila tali pinggang yang dipakainya dilihat terkopek semasa memberi ucapan sempena Hari Deepavali. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI