suria

Wow, macam Spiderman! Anak Malaysia pecah rekod dunia, buat lompatan tertinggi dari posisi duduk

Harinder berjaya melakar nama dan memecahkan rekod dunia.

MERAIH kejayaan dengan mencipta rekod dunia merupakan satu perkara besar dalam hidup.

Individu yang berjaya memecahkan rekod dunia sudah pasti bangga dengan diri sendiri dan dalam masa sama dapat mengharumkan nama negara.

Sebagaimana dikongsikan oleh atlet kriket Malaysia, Harinder Sekhon yang merangkul kejayaan sekali gus mencipta rekod dunia baharu untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk.

Lebih manis, pencapaian itu mendapat pengiktirafan oleh Guinness World of Records yang mengiktiraf lompatannya dari posisi duduk setinggi 1.52 meter.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Victor Hubbard dari Amerika Syarikat yang dicatatkan pada Februari lalu.

“Berjaya pecahkan rekod dunia baharu. Lompatan dari posisi duduk paling tinggi!” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Video tersebut dikongsikan melalui akaun Twitter peribadinya sehingga meraih lebih 1,800 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka.

Hantaran yang dibuat oleh guru subjek Matematik itu juga mendapat pelbagai reaksi netizen setelah melihat rakaman tersebut.

Komen netizen.

Komen netizen pada ciapan asal.

"Hebat betul boleh lompat tinggi macam tu kan. Usaha dan latihan yang sangat berbaloi selepas berjaya buat lompatan dan pecahkan rekod dunia.

"Harinder awak boleh jadi Spiderman Asia seterusnya.

"Wah! Lompatan pada ketinggian bagi satu orang! Hebat!" komen netizen di Twitter.

Untuk rekod, Harinder juga pemegang rekod dunia dengan pengiktirafan dari Guinness World of Records untuk lompatan paling tinggi dengan sebelah kaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain