SEEKOR anak kucing berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemui tersekat di pertengahan tiang di Jambatan Pulau Pinang. Menerusi hantaran yang dikongsikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang di Facebook, Pusat Kawalan Operasi Daerah Timur Laut menerima panggilan kecemasan daripada pemancing. Mereka memaklumkan bahawa terdapat seekor anak kucing terjatuh dan tersangkut tiga meter dari aras atas jalan di tiang 89 dari Seberang Perai menghala ke Pulau Pinang. Anak kucing tersebut berjaya dibawa keluar selepas satu jam operasi dijalankan dan ia dibawa pulang untuk dirawat. Anggota APM menggunakan jentera lowering system untuk memastikan keselamatan anggota ketika operasi menyelamat dilakukan. Kes tersebut dipercayai terjadi kerana anak kucing memasuki enjin ketika di rumah dan seterusnya terjatuh di atas jambatan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI