suria

Dua pemuda berkelakuan tak senonoh dalam surau rupanya adik-beradik, tak sedar gurauan dirakam CCTV

Dua beradik itu tidak menyedari aksi gurauan mereka dirakam CCTV surau berkenaan.

VIDEO tular memaparkan dua pemuda melakukan perbuatan sumbang dalam sebuah surau di Pekan Banting baru-baru ini ternyata mengundang kemarahan netizen.

Teka-teki netizen mengenai identiti dua pelaku itu bagaimanapun terjawab apabila Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh mengesahkan bahawa mereka merupakan adik-beradik.

Berusia 21 dan 14 tahun, dua beradik itu berkunjung ke Banting untuk bercuti bersama ahli keluarga.

“Kedua individu berkenaan datang ke Banting bersama ibu bapa serta seorang adik perempuan untuk bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting dan singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat.

“Selepas selesai solat, kedua adik-beradik itu bergurau di dalam surau tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelas Ahmad Ridwan, si abang sekadar bergurau dengan adiknya dan membetulkan seluar tanpa niat untuk melakukan perbuatan tidak senonoh di surau berkenaan.

Mereka juga telah diambil keterangan dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi arahan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki ‘sangap’ lakukan aksi tak senonoh dalam surau diburu polis

Untuk rekod, mStar pada Rabu lalu melaporkan gelagat dua pemuda yang selamba melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau.

Polis turut menerima laporan polis daripada bilal surau berkenaan berhubung rakaman CCTV itu kira-kira pukul 9.07 malam Rabu.

Berdasarkan laporan bilal berusia 54 tahun itu, kata Ahmad Ridhwan, dia menyatakan telah melihat rakaman CCTV yang mana dua orang pemuda tempatan telah melakukan aksi tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi sekitar 1.40 minit yang dimuat naik di laman Twitter Info Kuala Langat, kelihatan dua lelaki berkenaan duduk di barisan belakang dan seperti baru selesai mengerjakan solat.

Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat mula melakukan perbuatan tidak senonoh, seolah-olah cuba mencium dan meraba kemaluan seorang lagi pemuda yang duduk bersebelahan.

Pemuda yang sama juga bertindak keterlaluan apabila dilihat membuka zip seluar untuk mengeluarkan kemaluannya.

Kelakuan mereka menimbulkan kemarahan netizen kerana bukan sahaja tidak menghormati lokasi tempat beribadah, malah berani melakukan perbuatan jijik itu meskipun terdapat jemaah lain di dalam surau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain