suria

Cemas kepala kanak-kanak tersepit di celah tiang konkrit balkoni, mujur ada abang bomba

Anggota bomba menyelamatkan budak lelaki yang tersepit kepala di celah balkoni rumah.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun diselamatkan oleh pasukan bomba apabila kepalanya tersepit di celah tiang konkrit balkoni.

Kejadian berlaku di kediamannya di Taman Samudera, Seri Manjung di Ipoh, Perak, pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Apabila pasukan bomba tiba, kepala kanak-kanak lelaki itu didapati tersepit di celah balkoni rumah.

"Kita berjaya mengeluarkannya tanpa menggunakan sebarang peralatan," katanya.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Operasi menyelamat itu tamat kira-kira pukul 10.50 pagi. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain