suria

[V] Empat individu dalam Myvi, 2 penunggang motor cedera dihempap pokok... MetMalaysia keluar amaran ribut petir

Kejadian berlaku di hadapan sebuah bank di hadapan Maybank, Jalan Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai enam individu yang cedera selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang berdekatan sebuah bank di ibu negara.

Dalam kejadian di hadapan Maybank, Jalan Mahkota Cheras pada Ahad petang, empat individu yang menaiki sebuah Perodua Myvi cedera ringan.

Selain itu dua lagi individu yang menaiki motosikal mengalami kecederaan luka dan bengkak pada bahagian kaki.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, semua mangsa menerima rawatan di Hospital Ampang.

met

Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan ribut petir dan hujan lebat pada Ahad petang.

Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 4.07 petang.

"Seramai 18 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman ngeri ribut kuat di Tanjung Sedili, 8 sekeluarga berpelukan ‘ingat mati’ gara-gara rumah banyak pokok kelapa!

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat empat kenderaan masing-masing sebuah BMW, Nissan, Perodua Myvi dan sebuah motosikal dihempap pokok akibat hujan lebat serta angin kencang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Operasi turut dibantu pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di seluruh negara pada petang ini.

Antara negeri terlibat termasuklah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain