suria

MB Selangor isytihar 18 November sebagai cuti umum

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan 18 November sebagai cuti umum untuk negeri itu.

DIKEMASKINI

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di negeri itu.

Dalam sidang media pada Rabu, Amirudin berkata keputusan tersebut mengambil kira keesokan harinya (19 November) adalah hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tambahnya, keputusan ini juga dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam dapat gaji awal, duit masuk sebelum hari mengundi PRU15

Beliau turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am di seluruh negara supaya orang ramai dapat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

"Berikutan pendaftaran pemilih automatik dan had umur pemilih yang diturunkan, Selangor mempunyai jumlah pemilih tertinggi di seluruh negara iaitu 3,677,848 orang," katanya pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan menyediakan 20 bas Smart Selangor mulai Khamis (10 Nov) untuk mengangkut penumpang yang terjejas akibat gangguan LRT Laluan Kelana Jaya, yang menyaksikan 16 stesen ditutup dari 9 November hingga 15 November.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain