suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Lari dari Titiwangsa, angan-angan Rina Harun berkubur di Sepang

Rina berpindah dari kerusi Parlimen Titiwangsa ke Sepang pada PRU15.

DATUK Seri Rina Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) gagal merebut kerusi Parlimen Sepang apabila sekadar memperoleh 47,315 undi menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerusi berkenaan kini disandang wakil Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah dengan majoriti 8,949.

Aiman Athirah menang bergaya dengan 56,264 undi.

Saingan lapan penjuru di Sepang turut menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Anuar Basiran memungut 31,097 undi.

Lima calon lain hilang wang deposit.

Calon Parti Pejuang Tanah Air Che Asmah Ibrahim memperoleh 2,337 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Syed Saddiq, Muhyiddin menang... Maszlee tewas di tangan BN

Daud Leong (Parti Utama Rakyat) hampa dengan 264 undi, diikuti M. Muneswaran (Bebas) dengan 194 undi, Nageswaran Ravi (Parti Rakyat Malaysia) yang meraih 165 undi dan Shahrul Amri Mat Sari (Bebas) dengan 319 undi.

Untuk rekod, Rina merupakan bekas ahli Parlimen Titiwangsa yang menyandang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga pada 10 Mac 2020.

Menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Rina menang memperoleh 23,840 undi ketika menentang Johari Abdul Ghani (BN) yang mendapat 19,701 undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain