suria

[V] Maryam Duriankimchi tergelincir jatuh tangga! Netizen salahkan Ryzal sibuk rekod video nak tunjuk jari biru

Rakaman video ketika Maryam tergelincir.

LIMA tahun sekali, kebanyakan masyarakat khususnya pengundi muda pasti teruja untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ruangan timeline media sosial juga dipenuhi dengan perkongsian jari biru menandakan masing-masing sudah membuat pilihan masing-masing.

Begitu juga instafamous Ryzal Ibrahim yang sempat meluahkan rasa bangganya selepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi perkongsian video di Instagram.

Difahamkan Ryzal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Pada video tersebut dia sempat menjelaskan kepada isterinya, Maryam You Narae tentang maksud di sebalik calitan dakwat kekal di jari kirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes celup jari kaki dalam dakwat? Pemuda cuak pertama kali mengundi... pegawai polis datang ‘siasat’, ambil gambar

Namun ketika pasangan 'Duriankimchi' itu sedang menuruni tangga sambil bercakap menerusi kamera, Maryam secara tiba-tiba tergelincir.

Berkongsi tentang situasi cemas yang berlaku, Ryzal berkata dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ryzal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sambil ditemani isterinya.

Ryzal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sambil ditemani isterinya.

"Kepala dan belakangnya terhantuk.

"Baru siap pemeriksaan, Alhamdulillah tiada pendarahan dalaman, cuma bengkak di kepala, sakit belakang dan sedikit pening akibat hentakan di kepalanya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ryzal menasihati orang ramai khususnya wanita supaya berhati-hati ketika menaiki tangga agar kejadian yang menimpa isterinya tidak berulang.

Dalam pada itu rata-rata netizen mendoakan agar Maryam berada dalam keadaan baik selepas insiden berkenaan.

Salah sendiri, lain kali turun tangga mata tengok anak tangga ya.

NETIZEN

Namun dalam masa sama ada juga dalam kalangan warganet menegur tindakan pasangan itu kerana mengabaikan keselamatan sendiri demi content.

"Sebab tu sambil berjalan jangan buat live, bahaya! Kalau ada kereta depan tak perasan.

"Tengok video ni tahu dah apa puncanya.

"Salah sendiri, lain kali turun tangga mata tengok anak tangga ya. Semua salah abang Ryzal sebab buka camera untuk rekod," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain