PETUGAS media dan penyokong Barisan Nasional (BN) mula membanjiri Pusat Dagangan Dunia (WTC) untuk memantau keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). BN meletakkan empat skrin gergasi di Dewan Tun Hussein Onn bagi penyokong mereka mengikuti keputusan secara langsung. Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Dua skrin turut diletakkan di lobi untuk menyiarkan keputusan terkini yang dipaparkan oleh agensi berita tempatan. Suasana kekal tenang dengan penyokong masih menunggu keputusan rasmi. Pengundian telah selesai untuk PRU15 dan pengiraan undi sedang dijalankan ketika ini. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI