DATUK Seri Amirudin Shari menang di kerusi Parlimen Gombak, pada PRU15. Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan (PH) mendapat sebanyak 72,267 undi dengan majoriti 12,729. Penyandang kerusi ini, Datuk Seri Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN) mendapat 59,538 undi. ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 (tak rasmi): Tun M tewas kepada BN di Langkawi Sementara itu Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 30,723 undi, diikuti Datuk Dr. Aziz Jamaludin (Pejuang) dengan 2,223 undi dan Ir Zulkifli (Bebas) dengan sekadar 675 undi. Untuk rekod, proses membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak. Proses pengundian ditutup secara rasmi pada 6 petang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI