suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Mungkin tersalah kempen, Zuraida ‘karam’ di Ampang

Zuraida berkubur di Ampang pada PRU15.

HASRAT Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tidak menjadi kenyataan.

Keputusan rasmi menyaksikan Rodziah Ismail yang mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat 56,754 undi.

Zuraida pula sekadar memperoleh 4,589 undi.

Antara calon lain yang turut bertanding bagi Parlimen Ampang adalah Ivone Low Yi Wen dari Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu ternyata tidak berbaloi dengan kempen Zuraida beberapa hari lalu yang dilihat sanggup berdiri di tengah jalan raya, persis peniaga jeruk mangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 (tak rasmi): Kubu kuat Azmin sudah goyah, Amirudin mendahului di Gombak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ingatkan makcik jual jeruk pelam” - Netizen kesian tengok Zuraida, kempen sampai ke tengah jalan nak raih undi

Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) pula meraih 27,073 undi, diikuti Dr Nurul Ashikin (Pejuang) dengan 2,653 undi.

Selain itu, Brayn Lai (Parti Warisan Sabah) dan Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunons (Bebas) masing-masing mengumpul 1,423 dan 188 undi.

Tidak ketinggalah, seorang lagi calon bebas iaitu Tan Hua Meng yang mendapat 93 undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain