SEORANG wanita warga emas terkejut selepas mendapati namanya sudah didaftarkan di pusat mengundi Kota Sarang Semut, Kedah, sekaligus dirinya tidak dapat mengundi. Zaleha Abdul Rahman, 75, berkata dia kecewa kerana tidak sabar untuk membuang undi dan melaksanakan haknya sebagai rakyat. "Saya begitu bersemangat pagi ini dan bersiap untuk mengundi tetapi ini yang berlaku," katanya kepada pemberita di Jalan Stadium, Alor Setar, pada Sabtu. Suri rumah itu berkata dia pergi ke pusat mengundi bersama anaknya Zuliza Ramli, 35, dan tiba pada pukul 9.55 pagi. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bodohnya pekat sekali!” - Geng Undi 18 cari penyakit rakam video pangkah kertas undi, netizen seru PDRM buat kerja Ujarnya, selepas mendaftar di pusat itu, dia diberikan sekeping kertas yang menunjukkan saluran mengundinya. Bagaimanapun, beliau berkata salah seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahunya bahawa namanya telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi. Beliau berkata pihak SPR memeriksa nama dan kad pengenalannya beberapa kali tetapi keputusannya masih sama, dan statusnya ditanda sebagai 'mengundi'. "Saya kecewa kerana ini kali pertama berlaku kepada saya," katanya sambil menambah, laporan polis sudah dibuat mengenai perkara tersebut. Wanita itu juga berharap pihak polis akan menyiasat perkara tersebut dengan teliti. Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan satu laporan telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI